Imej korporat (Versi Lainnya) Penjemaan Malaysia Airlines

Rekaan Sarong Kebaya ini telah diperkenalkan pada 1 Mac 1986. Seragam ini telah direka oleh Fakulti Fesyen Institut Teknologi Mara, yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara. Corak batik yang digunakan menggambarkan motif kelerai ataupun anyaman buluh. Corak ini menjadi latar belakang dan bersatu dengan warna asas seragam tersebut. Kemudian, beberapa corak flora asli Malaysia seperti cempaka, jasmin, dan daun-daun bunga raya disulam pada motif “kelerai” tersebut. Motif geometri Sarawak digunakan pada kelim-kelim baju, hujung lengan dan kain sarong. Pada 1 Januari 1993, warna batik ini dicantikkan lagi untuk dipadankan dengan warna seragam baru pramugaranya.

Krew Penerbangan MalaysiaKod Warna untuk pramugari
  • Sarong kebaya dengan bunga kuning untuk Inflight Supervisor.
  • Sarong kebaya dengan bunga merah jambu untuk Chief Stewardesses, Leading Stewardesses, dan Flight Stewardesses.
  • Sarong kebaya dengan bunga magenta untuk pegawai pengurusan di lapangan terbang.
Kod Warna untuk pramugara
  • Warna Ottanio gelap untuk Inflight Supervisor, Chief Stewards, Leading Stewards, dan Flight Stewards.
  • Warna Ottanio terang untuk pegawai pengurusan lelaki di lapangan terbang.

Rujukan

WikiPedia: Penjemaan Malaysia Airlines http://www.siriustravel.be/pdf/MH_oct2010.pdf http://atwonline.com/delete/malaysia-airlines-unve... http://www.campaignasia.com/article/malaysia-airli... http://www.jadeay.com/industrial-structural-design http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/20... http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/200... https://www.marketing-interactive.com/malaysia-air... https://onemileatatime.com/beautiful-malaysia-airl... https://worldairlinenews.com/2014/07/28/malaysia-a... https://web.archive.org/web/20090105062333/http://...